PERLEMBAGAAN MAJLIS PENGAMAL ACUPUNCTURE MALAYSIA
1102600018
1102600018
1. Dengan ini satu Amanah ditubuhkan yang dikenali dengan nama Majlis Pengamal Acupuncture Malaysia dan di dalam Bahasa Inggeris is dikenali dengan nama (In English, it will know as) (Malaysia Acupuncture Practitioners Council) (selepas ini disebut sebagai “MAPC”).
2. Alamat dan tempat urusan pejabat MAPC ialah
No 29, Tingkat 2, Jalan Peniaga,
U1/34, Taman Perindustrian Glenmarie,
40150 Shah Alam Selangor,
atau di tempat-tempat yang akan ditetapkan dan semasa ke semasa oleh Pemegang-Pemegang Amanah (selepas mi disebut sebagai “Lembaga”).
3. Tujuan-tujuan MAPC ialah:
3.1. Meninggikan taraf pengamal-pengamal acupuncture dan penjagaan kesihatan. Mengwujudkan dan menggalakkan kerjasama dengan lain-lain persatuan perubatan
3.2. Menggalakkan penyelidikan dna penerbitan perubatan akupuntur di Malaysia khususnya dan didunia amnya
3.3. Menggalakkan dan menyelaraskan perkhidmatan perubatan akupuntur secara professional dalam masyarakat sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
3.4. Meningkatkan kefahaman, penilaian dan amalan perubatan akupuntur yang berteraskan agama, nilai bangsa dan negara tercinta.
3.5. Mengemukakan pandangan pertubuhan terhadap isu-isu perubatan akupuntur semasa dan menghubungkan majlis dengan dengan pihak kerajaan, kementerian, badan-badan berwajib dan swasta
3.5.1. Dalam usaha untuk mencapai tujuan diatas, Pemegang-Pemegang Amanah adalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan aktiviti dan melakukan segala benda bermanfaat atau perlu, atau bersampingan dengan, tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 klausa-klausa lain dalam Surat Ikatan ml.
3.5.2. “Pemegang-Pemegang Amanah Pertama” dan Pemegang-Pemegang Amanah lain yang dilantik dibawah klausa 6 Surat Ikatan ini hendaklah menjadi satu lembaga yang di panggil Lembaga Pemegang Amanah (selepas mi disebut sebagai “Lembaga”). Pemegang-Pemegang Amanah hendaklah memilih dan kalangan mereka seorang Pengerusi dan seorang Setiausaha.
3.5.3. Pemegang-Pemegang Amanah MAPC mi hendaklah terdiri dan dua (2) orang dan tidak melebihi daripada sebelas (12) orang.
3.5.4. Klausa-klausa benikut adalah peraturan-peraturan bagi perjalanan Lembaga.
3.5.5. Lembaga dan semasa ke semasa boleh membuka dan mengendalikan atas nama MAPC akaun-akaun bank di satu atau lebih Bank yang di putuskan oleh mereka dan semasa ke semasa dan membuat apa-apa bayaran daripada akaun tersebut untuk tujuan berkaitan atau bersampingan dengan apa-apa urusan MAPC , dengan syarat semua cek-cek dan arahan untuk pembayaran wang hendaklah di tandatangani oleh Pengerusi dan Setlausaha.